“Tidak Hairan Mengapa Anwar Masih Tidak Saman Saya”
Oleh Malay Digest 16 Jun 2025
KUALA LUMPUR, 16 Jun – Aktivis politik, Wan Muhammad Azri atau Sir Azri mengulangi dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghidap HIV dan memakai beg stoma. Menurutnya, meskipun kenyataan itu telah disiasat dua kali oleh polis dan sekali oleh MCMC, tiada sebarang pertuduhan atau tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya sehingga kini.
Dalam kenyataan yang disiarkan di platform X hari ini, beliau mendedahkan bahawa tiga telefon bimbit miliknya telah dirampas untuk siasatan, namun masih belum menerima sebarang notis tuntutan maaf atau saman daripada pihak Anwar. Beliau mendakwa keengganan Anwar mengambil tindakan mungkin kerana bimbang perlu mendedahkan laporan perubatan di mahkamah.
Aktivis itu turut mendakwa Perdana Menteri sedang berusaha menyembunyikan keadaan kesihatannya termasuk penggunaan beg stoma dan jari yang membengkak daripada pengetahuan umum. Namun katanya, penampilan fizikal Anwar yang dilihat rakyat tidak dapat menyembunyikan realiti kesihatan yang didakwanya berpunca daripada penyakit HIV.
Beliau mengaitkan dakwaan itu dengan sejarah sabitan liwat yang pernah dijatuhkan ke atas Anwar, menyatakan tidak pelik jika Perdana Menteri enggan menjalani ujian HIV atau mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. “Tak hairanlah beliau enggan saman saya,” kata Wan Muhammad Azri.