Tidakkah Kamu Ingin Berfikir?
Wan Muhammad Azri. Foto: The Sun
Oleh Wan Muhammad Azri @ Sir Azri 27 Jun 2025
Hari ini ujian berat buat kita semua dalam memilih yang Hak atau Bathil. Ujian berat ini berlaku kerana kehendak diri sama ada memikirkan kepentingan diri atau kepentingan ummah.
Ini lah sebab nya kita perlu gunakan akal yang Allah SWT berikan untuk membuat keputusan dalam memilih yang Hak atau Bathil.
Tetapi ramai dari mereka penguasa, pegawai tinggi, ketua jabatan gagal gunakan akal sebalik nya memenuhi kehendak nafsu diri. Malah lebih parah mereka yang berada ditampuk kuasa kerajaan sanggup menjilat demi pangkat di dunia yang sementara.
Jika direnung dan difikirkan apa yang berlaku hari ini tak ubah seperti zaman Rasulullah SAW di Kota Makkah sewaktu 13 tahun pertama setelah diangkat menjadi Rasul. Yang bersama Rasullulah SAW hanyalah rakyat biasa yang tak punya apa apa.
Pembesar pembesar majoriti nya nya menolak malah mengeji menghina Rasullulah SAW. Pembesar - pembesar ini memikirkan kedudukan dan jawatan yang mereka ada dan takut kehilangan apa yang mereka nikmati.
Tapi tidak bagi rakyat bawahan yang dengan senang bersama Rasulullah SAW dan terus berdakwah mengajak kepada jalan kebenaran memilih yang Hak dan menolak kebathilan. Maka sebab itu lah hari ini kita yang diberikan akal harus berfikir dengan bijaksana dalam membuat pilihan.
Semoga kita semua ditetapkan iman dan tidak dibolak balikkan hati dari mengikut pemimpin yang bathil. Hijrah itu bukan datang dari kehendak nafsu. Hijrah itu datang dari HATI dan AKAL untuk kita membuat keputusan.
Semoga Hijrah tahun ini kita semua menjadi lebih baik dari tahun tahun sebelum nya dengan menggunakan akal dalam membuat sebarang keputusan apatah lagi memilih pemimpin.
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah Al-An’aam 6:32)